Pages

Tuesday, June 15, 2010

My Final Post - Our Wedding Video

This will be my final post. Because this post sums up our wedding in its entirety.

Unlike most of my other posts, I'll keep this one short and snappy because there isn't much to say. Semua benda yang perlu dikatan tentang our wedding, aku dah katakan dalam post² aku sebelum ni. So kira our wedding video ni macam ringkasan tentang our entire wedding. Initially aku tak nak post video ni cos.. Well.. It is our wedding video. So ingat nak keep it private la kan. But then again, videographer dah post kat blog, website & account Vimeo dia so I know that a few bloggers like Sofia and Yaya have actually seen the video a while ago. So since ada a few yang dah tengok, I decided to share it with all of you.. ♥

Untuk pengetahuan semua, Johor ni tak ramai wedding videographer. Kalau ada pun, most of them agak ol' skool. Editing video macam kat zaman 80'an & 90'an; agak ketinggalan zaman. Yuck! Masa nak book videographer for our wedding plak, those yang aku minat (macam CSP dan sewaktu dengannya) dah ada orang yang book so nak tak nak aku terpaksa cari videographer yang based kat Johor. Alhamdulillah, akhirnya aku jumpa gak sorang videographer yang not bad kat JB. Korang bleh baca previous post tu kat sini.

Our videographer Sulaiman, dari Manis DV Studio was a very cool guy. During our wedding dia buat kerja dengan senyap, tak perasan pun gerak geri dia. Tau², dia dah ada kat tepi la, kat depan la, kat belakang la hehe.. Editing dia pun not bad la gak and harga dia pun affordable. Buat mereka yang bakal bernikah di Johor, silalah check out Vimeo page Manis DV Studio. Ada banyak lagi wedding highlights yang dia upload kat situ..




Sedih. Ni la dia post terakhir about our wedding. Aku rasa ada beberapa benda yang korang akan tanya ataupun comment pasal video ni so aku bagi jawapannya dulu ye hehe.. ;p

Kenapa masa starting video tu nampak macam kelam kabut je semua orang?
Memang kelam kabut pun. Sebab macam aku pernah katakan dulu, semuanya aku ngan Winder yang uruskan dengan bantuan mummy dan abah aku. So masing² tengah serabut. Takut ada je benda yang terlupa. Last minute barulah orang nak sibuk tolong². Hais..

Kenapa time Tok Kadi berdepan ngan aku sedara-mara aku semua berdiri?
Haaa.. Sebab.. Sebenarnya tetamu yang dijemput dalam 70 orang sahaja. Tapi yang datang dalam 100 lebih. Jadi, rumah abah aku tu jadi sempit. Tambah plak tu s-e-m-u-a orang seboleh-bolehnya nak tengok akad Nikah. Inilah jadinya hehe.. Sampaikan tahap hantaran perlu dibawa naik ke bilik, sampaikan tahap aku tak dapat duduk kat bantal pengantin yang aku dah sediakan, sampaikan tahap mummy aku sendiri nak duduk pun takde tempat. Ni la jadinya kalau takde RSVP. Ish.

Tok Kadi aku ni memang kelakar ke?
Hahahaa.. Yes!! Tok Kadi aku memang the best. Nama dia Ambok Achok dan dia memang kelakar gila! Asyik buat lawak je si dia tu. Kepada sesiapa yang duduk di daerah Taman Perling, Johor Bahru; tahniah! Anda bakal diijabkabulkan oleh seorang Tok Kadi yang sangat best!

Kenapa aku nangis masa sanding tu?
Untuk pengetahuan semua, abah aku pernah kena serangan jantung a few years ago and he had to undergo major surgery. Alhamdulillah, dia recover tapi dia still refuse untuk berhenti merokok. So masa dia merenjis tu aku berasa sangat bersyukur sebab abah dapat tengok anak perempuan dia yang sorang ni kahwin dan sebab tu la airmata aku ni melimpah.

Memang sengaja ke kitorang menari kat hujung² video tu?
Tak. Sebenarnya time tu kitorang tengah buat photoshoot. Tapi Sulaiman sempat shoot. Kan aku dia cakap; si dia tu berkerja dengan senyap. Tau² dah ada..

Kitorang berlakon ke tuk last part video tu?
Sekali lagi, tidak. Semua tu diambil masa photoshoot.

Kenapa aku tak cakap langsung dalam video ni?
Entah. Tak terpikir pun nak cakap apa². Rasanya sebab minda aku sentiasa memikirkan the wedding preps and if everything will go smoothly. Inilah jadinya when you become your own wedding planner. Sigh.


ps. Tolong abaikan muka aku yang basi kat screen shot ni. Masa tu tengah nervous berdepan dengan Tok Kadi hehe..

No comments:

Post a Comment